Follow-Follow

May 6, 2011

Nur Kasih The Movie Rentap Hati Peminat

Terlebi dahulu say sorry kpd abg wartawan kita http://www.mzulkifli.com/ info ini ku amik sdikit sbnyak dri www.gua.com.my yg d'terjemah dri blog http://www.mzulkifli.com/
Lupakan tentang drama, ayuh kita bercerita tentang filemnya pula! Sebelum saya meneruskan ulasan saya, perlu saya jelaskan kepada anda yang saya telah dicemburui oleh ramai orang apabila diberitahu yang saya sudah pun menonton “final cut” filem Nur Kasih The Movie ini. Peminat fanatik drama ini telah menberi amaran kepada saya supaya jangan terlalu panjang lebar mengulas plot filem itu. Mereka berkata “tak syoklah kalau dah tau”. maka, ulasan filem ini akan saya cerita sedikit sahaja tanpa merosakkan keseronokan dan ‘feel’ anda ketika menonton kelakber. Sebenarnya filem ini adalah rentetan atau sambungan drama bersiri Nur Kasih yang telah tamat ditayangkan. Cerita ini berkisar mengenai konflik percintaan tigasegi diantara Nur Amina (Tiz Zakyah), dan adik beradik, Aidil (Fizz Fairuz) dan Adam (Remy Ishak). Seperti yang kita tahu, Adam berkahwin dengan Nur demi memenuhi permintaan ayah Adam yang sedang sakit, dan dalam masa yang sama abangnya, Aidil menyimpan perasaan terhadap Nur. Perwatakan Adam yang agak kasar menyebabkan dia tidak melayan Nur dengan baik. Tetapi keadaan berubah apabila Adam menemui sinar baru dalam hidupnya. Perkahwinan yang kembali indah berubah dek kerana Nur diuji dengan berita kehilangan Adam yang dipercayai meninggal dunia di luar negara. Drama “happy ending” ini ternyata tidak menghampakan peminat siri Nur Kasih ini. Jelasnya, di akhir episod drama ini, Adam masih hidup dan pulang ke pangkuan Nur, dan dan mereka berdua hidup bahagia selamanya.
Adakah kemuncak drama bersiri itu tetap sama di dalam filem? Babak ketika perlanggaran keretapi di sebuah negara di Timur Tengah pada lima minit pertama permulaan filem ini bisa merungkai dan membongkar plot yang amat penting. Dalam waktu yang sama, Emosi penonton bakal terpukul ketika babak Aidil yang kehilangan isteri kesayangannya Aliya (Ayu Raudah). Sebab kematian Aliya tidak ditonjolkan serta-merta tetapi dijelasnya menerusi visual yang Aidil sedang menderita dalam kesedihan yang teramat atas kematian Aliya. Dalam masa yang sama, Adam dan Nur sedang menjalani kehidupan yang bahagia walaupun mereka belum lagi dikurniakan cahaya mata. Masa mereka banyak terisi di rumah perlindungan kanak-kanak termasuklah kehadiran seorang remaja lakonan Sara Ali dengan jelasnya mempunyai perasaan terhadap Adam. Dan ketika Nur menerima berita gembira tentang kehamilannya, pasangan ini merasa amat bahagia. Plot diteruskan dengan Adam dan Nur yang kemudiannya berhijrah ke Jordan kerana ingin bertukar angin dan bercuti. Di plot ini, kita boleh lihat apa yang sebenarnya terjadi di sebalik kejadian keretapi itu (plot permulaan) dan akibat dari perlanggaran tersebut. Kembali ke babak di Kuala Lumpur, Aidil masih bergelumang dengan kesedihan. Sesiapa yang menonton pasti akan simpati melihat keadaan Aidil terutama sekali adegan ketika seorang anak kecil (lakonan Mia Sara) membuat pengakuan pelik tentang arwah ibunya. Tetapi bagi seorang yang cukup tabah, Aidil meneruskan kehidupannya dan turut bertanggungjawab membantu kanak-kanak dan remaja di rumah perlindungan sewaktu ketiadaan Adam dan Nur. Sekali lagi, saya tidak akan menjadi perosak keadaan, tetapi apa yang saya boleh beritahu kehidupan Adam dan Aidil berada dalam situasi yang terancam. siapa yang akan mati? Siapa yang akan terselamat? Nak tahu, kena tengoklah nanti. Ok? WLUAPA PON,AKU SDRI X SABAR INGIN MENONTON FILEM INI..DRI SIRI SMPI LA KE MOVIE.IHIHIHI.,,.. KEEP WAITING.. 19 MAY 2011..

I made this widget at MyFlashFetish.com.